EJEN DAN PENGEDAR DIPERLUKAN

EJEN DAN PENGEDAR DIPERLUKAN
CLICK HERE

Sunday, 26 October 2014

Jom sukses business - Tips saya buat keuntungan 4 angka dengan Scarf Secret

Posted by Unknown at 15:27




Bismillah.

Terima kasih tidak terhingga di atas nikmat Allah.

Ini adalah ejen saya , Puan Azlina.( Rujuk gambar paling bawah )

Beliau berjaya buat "secured" booking. Stock belum sampai di tangan beliau, tapi dah hebat menjual hampir separuh shawl dibooking orang.

Tahniah Na, i do believe you have tips. Nanti saya akan cuba interview cara apa yang dia buat utk convince-kan atau yakinkan pelanggan utk membeli tudung shawl dengan dia.

Anyway, saya ada janji dengan few friends tentang how i survived habiskan almost over 100++ SCARF SECRET stock dalam tempoh bulan Oct.

Saya tak hebat. Allah yang bagi idea dan peluang. Saya hanya menggembleng tenaga. Jual tudung bukan senang, tapi bukan susah. Bukan senang kalau jumpa customer yang "susah", bukan susah kalau jumpa customer yang "senang".

Saya nak share few tips/pengalaman macam mana saya boleh dapat jualan lebih 100++ shawl Scarf Secret , dan dapat keuntungan 3 angka. ( Nilai sebenar biarlah dirahsiakan ... hanya Allah yg tahu, syukran atas rezekiNya )

Tips perkongsian dari saya;
1. Saya mulakan dengan solat awal pagi, dua rakaat sebelum Subuh, dan meletakkan keyakinan hadis "Solat dua rakaat sebelum Subuh adalah lebih baik dari isi dunia...", setiap hari saya cuba istiqamah dengan rutin ini.

2. Amalan hadiahkan Al Fatihah utk orang tua - Doa selepas subuh, mohon diberikan kebaikkan kepada ibu, mohon tuhan berkati hari ibu dalam keadaan dia duduk, berdiri, tidur dan apa sahaja. Dahulukan doa utk ibu kemudian bapa, kerana hadis mengajar utk berbuat baik kepada ibu dahulu. Saya tidak miss mendoakan kesejahteraan dan saya akan sedekahkan Al Fatihah utk ibu dan bapa saya walaupun mereka masih hidup. Nak bagi duit 4 hingga 5 angka sebulan belum mampu. Kita hadiahkan Al Fatihah dari jauh agar mereka diberkati Allah selalu.

3. Posting di Wall facebook dan Group grouo Niaga facebook pada waktu waktu puncak orang suka melayari facebook. Waktu puncak adalah dalam jam 9pagi, 1 tenggahhari, 4 petang, 8 @ 9 malam. Waktu wakti begini ada sebab tersendiri.

4. Networking ( bagi stokist cari ejen ) with good and business mindset friends - dalam friendlist kita, kita mesti tahu siapa suka berniaga. Approach setiap orang yang berpotensi jadi ejen dan sediakan maklumat kelebihan - setakat ini platform terbaik adalah blog. Ramai ejen yang cross blog saya untuk jadi ejen.

5. Networking ( bagi ejen cari customer ) dengan kawan yang suka bergaya. Offer pada mereka atau war war pada mereka tentang produk shawl. Ini kena rajin sikit. Kena PM sorang sorang. Inform maklumat.

Nota : Kalau ada blog, senang buat entry info produk panjang lebar, tak perlu chatting panjang lebar. Saya cadangkan buat blog - upah dengan @Zana Mn :-)

6. Tolong peniaga lain berniaga - saya ada tengok kawan kawan promote produk di Fb wall mereka. Fb friendlist saya banyak perempuan. Kalau produk yang kawan saya jual tu agaknya mampu membantu friends yang laindalam list saya, saya akan share. Siapa yang ada dalam network peniaga lain tak sama dengan network kita. Saya share utk luaskan produk mereka ke network saya. Niat kerana Allah sebab kita tak tahu mereka berusaha berniaga mungkin sebab nak tolong biaya kos rawatan adik, nak tolong biaya kos anak yang sakit dan etc .

8. Exchange produk. Jumpa atau chat atau discuss dengan peniaga Fb lain atau kawan fb yg minat berniaga juga,  tentang nak buat pertukaran produk. Bukan tukar biasa biasa, ini maksudmya, saya promote barang awak, awak promote barang saya. Yang ada facebook fanpage lagi bagus. Kalau nak buat marketting berbayar, cuba Post page Engagement - Facebook Ads ( ini saya buat juga , iklankan pencarian ejen, alhamdulilah closed dua ejen )

Saya ada dua Fb fanpage ( satu 23K likers & satu lagi 34K likers ) : kalau sesiapa nak menyewa untuk promote produk insyaAllah dialukan :-)

9. Buat produk review. Buat sendiri. Atau boleh upah blog yang ramai follower atau blogger yang glamour. Of course blogger yang glamour akan caj mahal. Boleh guna khidmat blogger lain yang baru nak naik tapi ambil upah review produk dengan murah. Most of the time, saya buat review sendiri jer. Buat review, sekurang kurangnya gambar di FB kena ada gambar kita pakai shawl tu dan beri sedikit info dan kelebihan shawl (produk kita)... saya suka buat 3 perenggan (macam karangan) ... :-)

10. Hadiahkan shawl kepada rakan yang belum bertudung. InsyaAllah kita niat untuk dia bertudung dan kalau dia nak bertudung sebab shawl kita cantik, itu adalah kelebihan 2 in 1. 

Last but not least, cuma bersedekah dan kalau tak ada wang yang banyak, cuba hadiahkan Al Fatihah setiap kali kita jumpa orang dalam kesulitan dan kesusahan. Satu amalan yang saya buat berterusan, bila saya berjalan jalan dan bertembung dengan makcik yang dah tua tapi masih menyapu sampah, budak budak yang nampak keseorangan, atau orang miskin saya cepat cepat hadiahkan Al Fatihah dan doa moga Allah permudahkan urusan mereka.

Setakat ini, itu sahaja dari saya yang serba fakir ini. Kita berniaga, besar cabaran. Peluang utk orang berniaga apa sahaja di bumi Allah sangat banyak. Namun, kalau kita usaha sahaja, tanpa amalan utk dekat dengan tuhan, mana mungkin Allah mahu dekat membantu kita.

Semoga saya istiqamah dan semoga semua anda yang berniaga, suksess dibimbing Allah.

Terima kasih sudi membaca :-)  

Ikhlas,
Puan Nora
alkhadijahtrading@gmail.com
- segala kelemahan dtg dari saya, kebaikan semuanya dari Allah -


















Yes, I want to make Up To RM10 Everytime I Share A youtube Video on Social media sites.
Kerjaya Mewah Oil & Gas Dan Jadi Jutawan Industri
Rahsia Rumah Lelong - Pendapatan Lumayan Dengan RUmah Lelong




0 comments:

Post a Comment

*INSTANT AND STYLISH SHAWL WITH TUTORIAL COME WITHIN CUTE BOX**

*INSTANT AND STYLISH SHAWL WITH TUTORIAL COME WITHIN CUTE BOX**
 

Copyright © 2014 MyBeautyScarf. All rights reserved | Sign in, MP Design